NI KAAM SAGA BANGSAHKU KAMEMON, MUANKAM PANDANGAN SAMA ADA BERBENTUK TEGURAN, KRITIKAN, IDEA TAMBAHAN DAN SABAGAINYA MAPASAL HOME PAGE DIA'ITUH. PASAMPAIUNBIH AI-AINA PANDANGANBIH MA RUANGAN CATATAN PELAWAT ATAWA MA FORUM. KAMI MBAL LAGITI' MA SAI-SAI MINSANDU IDEA PASODBIH MAITUH MBAL HAP KINALEH, SABAB DIKAYU'DU KABILAIHAN KAMIH YANA UNTUK MATANGON BANGSAHTA MAITUH MA LAHAT DATU'.


Assalamualaikum.

Anda sedang melawat laman web Pembelahad Datu. Selamat Datang.

Pembelahad Datu adalah satu kelab maya yang menghimpunkan para intelektual etnik Bajau yang berasal dari daerah Lahad Datu, sama ada mereka masih menetap di daerah tersebut atau telah berhijrah ke daerah-daerah lain atau ke negeri-negeri lain di Malaysia atau ke luar negara.

Pembelahad Datu diwujudkan sebagai kesinambungan daripada PAKATAN LIMA SEKAWAN yang dianggotai oleh Sdr Mohd. Shah A.H sebagai Pengerusi, Sdr. Mohd Usal A.M, sebagai Setiausaha, Sdr Abdul Taip H.Z (ahli), Sdr. Flores M (ahli) dan Sdr Fawzi A.K (ahli).  Pakatan Lima Sekawan ditubuhkan pada Disember 1987, sebaik sahaja kelima-lima anggotanya menamatkan pelajaran di SMK Agaseh pada November 1987.
Mesyuarat pertama Pakatan Lima Sekawan yang diadakan di Tingkat  1 Restoran Kaber, Lahad Datu, pada 20hb. Disember 1987 telah menggariskan lima teras utama untuk diperjuangkan iaitu:-
  1. Pendidikan;
  2. Ekonomi;
  3. Sosial;
  4. Pentadbiran; dan
  5. Politik
Tanpa menafikan hak dan kepentingan kaum-kaum lain di Lahad Datu, Pakatan Lima Sekawan cuba memperjuangkan agar orang-orang Bajau Lahad Datu dapat meningkatkan penguasaan mereka dalam kelima-lima teras yang disebutkan di atas.

Walau bagaimanapun, Pakatan Lima Sekawan tidak dapat diteruskan atas beberapa faktor penghalang; yang lebih ketara ialah halangan untuk menembusi pemikiran generasi lama memandangkan Lima Sekawan pada masa itu masih tertalu mentah (belia).

Mengambil iktibar daripada perkembangan semasa, maka Pembelahad Datu ini ditubuhkan.

Justeru itu, bagi pihak Pentadbir Laman Pembelahad Datu, saya menyeru agar intelektual Bajau yang berasal daripada Lahad Datu menyertai kami di sini. Kami juga amat mengalu-alukan sebarang sumbangan dalam bentuk berita, artikel atau rencana untuk dimuatkan laman ini.

Adalah diharapkan, dengan kewujudan portal Pembelahad Datu ini, matlamat murni yang menjadi cita-cita dan diperjuangkan oleh Lima Sekawan akan dapat dihidupkan kembali dan diteruskan demi kebaikan penduduk Lahad Datu amnya dan generasi muda etnik Bajau Lahad Datu khasnya.


Sekian

SiteAdmin


MAKLUMAN

Manjarihkam nulat Sinama atawa ma bahasa Malayu sogo' ka'amuhan kamih bangkam nulat Sinama sabab akan secara langsung tahinang latihan ma kitam nulat ma bahasata.


 

TANTANG
PEMBELAHAD DATU

Pembelahad Datu adalah satu kelab maya untuk mempertemukan intelektual etnik Bajau daerah Lahad Datu.




Pembelahad Datu diwujudkan bertujuan untuk menggembling idea dan pemikiran baru dalam usaha membawa Lahad Datu maju seiring dengan kemajuan sains dan teknologi masa kini.




Melalui Pembelahad Datu juga, diharap para intelektual etnik Bajau dapat mengambil bahagian dalam perancangan dan pelaksanaan pelan pembangunan Daerah Lahad Datu.

PENGUMUMAN



EBOT-EBOT


SILA BACA RUANGAN FORUM UNTUK MAKLUMAT LANJUT TENTANG LIMA PERKARA YANG MENJADI ASAS PERJUANGAN PAKATAN LIMA SEKAWAN



PENTING!



PASAPLAGUNBIH PORTAL PEMBELAHAD DATU'TUH SUDJU NI SAI-SAI BANGSAHTA MIND LAHAT DATU YA TAKILAHBIH, MINSANDU MAINGGAH-MAINGGAHNA PADOROGAN ATAWA PAGHINANGAN SIGAH

Today, there have been 3352 visitors (5477 hits) on this page!
This website was created for free with Own-Free-Website.com. Would you also like to have your own website?
Sign up for free